REPLIKA DOWNLINE
Sesiapa yang pernah dengar tentang downline, tentu dia sudah paham akan kerjanya nanti. Apa yang ingin saya terangkan di sini adalah untuk individu yang tercari-cari makna downline. OK.... Downline adalah nama untuk orang yang berada di bawah kita sahaja. Level pula hanya nama panggilan untuk kedudukan orang - orang. Itu sahaja cerita mudah. Seperti yang kami terangkan sebelum ini mengenai pulangan dan bonus. Di sini kami tunjukkan pada anda hierarki sistem kami.
Sebaik sahaja anda mendaftar, anda akan dapat topup RM 10, ID pengenalan dan satu laman web percuma. Tugas anda hanyalah mencari downline untuk anda. Di sini kami ingin menyarankan bahawa sebaik anda mendaftar, anda perlu ingat bahawa anda adalah Level 0, Cuma di dalam sistem kami anda mungkin berada di sesuatu level. Sekiranya seseorang individu tersebut mendaftar dari laman anda, individu tersebut secara automatik menjadi Level 1 anda. Kami tidak menyusun level - level ini secara sendiri. Kami tidak mahu suatu hari nanti akan ada perbalahan antara level.
Dari segi pulangan, jangan anda pandang dari konsep total. Mana - mana MLM ataupun affilliate sememang seperti ini juga caranya. Anda boleh mencapai jumlah ini suatu hari apabila anda sudah mempunyai orang bawah ( Level 1 ) yang begitu ramai. Kami tidak memaksa anda untuk mencari beberapa orang seperti yang pernah dilakukan oleh MLM ataupun affilliate yang lain. Sistem kami adalah "UNLIMITED". Setiap pulangan untuk Level 0 apabila ada individu yang mendaftar dari lamannya, Level 0 *akan mendapat RM 5 serta bonus RM 2 setiap seorang. Sekiranya Level 1 mempunyai downline ( Level 2), Level 0 akan hanya mendapat nilai pulangan RM 1. Pulangan untuk Level 1 adalah seperti keterangan sebelum ini *.